Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat bakal dibina
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat bakal dibina

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana mengadakan lawatan tapak projek naik taraf rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Sebuah rumah menunggu akan dibina di Pengkalan Kampung Perpat melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata perkhidmatan perahu tambang di Kampung Perpat masih digunakan oleh penduduk kampung, penjawat awam serta golongan petani dan nelayan untuk menjalani urusan harian mereka.

“Sementara menunggu siapnya pembinaan Jambatan Krian 1 yang dijangka siap 2026, kita akan membina sebuah rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat.

“Laluan sungai masih menjadi alternatif penghubung bagi urusan harian berulang alik dari Kampung Perpat ke kawasan luar oleh penduduk di sini, saya berharap apabila siapnya rumah menunggu itu nanti akan memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dan JKR Saratok telah mengadakan lawatan tapak projek naik taraf rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat semalam.

Mohamad Duri berkata kelulusan projek tersebut menjadi salah satu usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi keselesaan kepada penduduk luar bandar menikmati manfaat pembangunan kemudahan infrastruktur dan prasarana.

“Saya akan sentiasa komited terhadap keperluan rakyat dan membangunkan kawasan luar bandar bagi memastikan penduduk di DUN Kalaka tidak ketinggalan menikmati keselesaan pembangunan direncanakan kerajaan,” katanya.

Jelasnya, sebagai seorang ADUN disini ia sudah menjadi tugasnya untuk turun padang pada setiap masa tanpa mengira waktu demi mendekati rakyat bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Turut sama hadir ialah Ketua Kampung Perpat, Azman Naw, Ketua Kampung Peni Sli dan Ketua Kampung Pandi Abidin. 

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Klinik Pickleball bakal diadakan di Bekenu Jun depan
Next: Kos operasi tinggi akibat jarak stesen minyak terus bebani nelayan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.