Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Luna Patan bakal miliki gelanggang futsal baharu di bawah RTP Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

Rumah Luna Patan bakal miliki gelanggang futsal baharu di bawah RTP Kalaka

Utusan Sarawak 3 days ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka hadir ke Rumah Panjang Luna baru-baru ini bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut bersama penduduk setempat. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

ROBAN: Penduduk Rumah Luna Patan, Sungai Nyiar, di sini bakal menikmati kemudahan sukan baharu apabila pembinaan sebuah gelanggang futsal di kawasan tersebut diluluskan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri hadir ke Rumah Panjang Luna baru-baru ini bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut bersama penduduk setempat.

Menurut Mohamad Duri, pembinaan gelanggang futsal itu merupakan hasil permohonan komuniti Rumah Panjang Luna yang telah diperjuangkan sekian lama.

“Syukur Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses penilaian, permohonan ini berjaya disenaraikan dan akan dilaksanakan tahun ini yang kita perjuangkan demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Mohamad Duri berkata, keperluan komuniti di kawasan luar bandar sentiasa diberikan perhatian khusus dan setiap permohonan yang dikemukakan oleh penduduk rumah panjang, kampung, kelab dan persatuan akan terus diusahakan mengikut giliran di bawah peruntukan RTP.

“Saya sentiasa mengambil berat semua permohonan yang disalurkan kepada saya. Walaupun peruntukan terhad, kita akan pastikan setiap keperluan asas dan kemudahan rekreasi dapat direalisasikan secara berperingkat,” ujarnya.

Mohamad Duri percaya, dengan siapnya projek gelanggang futsal tersebut, ia bukan sahaja bakal memberi manfaat kepada penduduk Rumah Luna, malah komuniti dari kawasan berdekatan seperti Rumah Sait dan Rumah Anta turut dapat menjalankan aktiviti riadah secara bersama.

“Inilah komitmen kita, memastikan kawasan luar bandar juga mempunyai kemudahan sukan yang selesa dan berkualiti, sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk,” jelasnya.

Tambah beliau, pembinaan gelanggang futsal ini menjadi satu lagi bukti keprihatinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka komited perkasa kemudahan belia dan komuniti majmuk
Next: Tiga sistem perparitan dinaik taraf bagi tangani banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.