Rumah Lamine Yamal cuba dipecah masuk selepas Sepanyol mara ke Final Piala Dunia

Facebook
WhatsApp
Spain's forward #19 Lamine Yamal warms up before the start of the 2026 World Cup football tournament semi-final match between France and Spain at the Dallas Stadium in Arlington on July 14, 2026. (Photo by Paul ELLIS / AFP)
KEDIAMAN yang dikaitkan dengan Lamine Yamal di Barcelona dilaporkan menjadi sasaran cubaan pecah masuk selepas kejayaan Sepanyol mara ke final Piala Dunia. Foto AFP

MADRID, Sepanyol: Cubaan pecah masuk dilakukan ke rumah bintang Sepanyol, Lamine Yamal di Barcelona pada Rabu, tidak lama selepas pemain itu membantu La Roja melangkah ke final kedua Piala Dunia mereka, menurut polis dan media.

“Cubaan” pecah masuk berlaku “di sebuah kediaman di Esplugues de Llobregat” di pinggir Barcelona, kata jurucakap polis wilayah Catalonia kepada AFP.

Pasukan keselamatan itu enggan mendedahkan identiti pemilik rumah atas faktor privasi, namun akhbar berpangkalan di Barcelona, La Vanguardia, melaporkan kediaman berkenaan milik penyerang Sepanyol berusia 19 tahun itu.

Menurut laporan akhbar itu, dua individu memakai penutup muka memanjat tembok rumah tersebut sebelum disedari pengawal keselamatan persendirian, menyebabkan mereka melarikan diri.

La Vanguardia turut melaporkan rumah Yamal itu dikenali ramai kerana pernah menjadi kediaman bekas pemain hebat Barcelona, Gerard Pique dan bekas pasangannya, bintang muzik Colombia, Shakira, ketika mereka tinggal bersama di ibu kota Catalonia itu.

Kejadian pada Rabu berlaku awal pagi, beberapa ketika selepas Sepanyol melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Perancis di Texas untuk mara ke final Piala Dunia.

Yamal memenangi sepakan penalti pada separuh masa pertama yang disempurnakan Mikel Oyarzabal bagi membuka tirai jaringan.

Di Madrid, bintang bola sepak seperti Karim Benzema, Rodrygo dan Dani Carvajal turut pernah menjadi mangsa kejadian pecah masuk di kediaman masing-masing dalam beberapa tahun kebelakangan ini.— AFP

Pochettino setuju kontrak baharu empat tahun

LONDON: Mauricio Pochettino bersetuju menandatangani kontrak baharu selama empat tahun sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Amerika Syarikat