Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah kosong musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir, Lutong
  • KEBAKARAN

Rumah kosong musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir, Lutong

Utusan Sarawak 3 days ago

MUSNAH… Sebuah rumah kosong musnah dalam kebakaran dalam kejadian di di Simpang Dua, Kampung Pasir, Lutong di Miri, malam tadi.

MIRI: Sebuah rumah kosong di Simpang Dua, Kampung Pasir, Lutong di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, PBT II Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.21 malam dan segera menggerakkan satu jentera FRT bersama lima anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pada 8.33 malam, pasukan kami mendapati sebuah rumah kayu setingkat sedang marak terbakar.

“Anggaran kemusnahan adalah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dan satu pancutan sepanjang 400 kaki, dengan sumber air daripada tangki jentera.

“Api berjaya dikawal pada 8.43 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.33 malam selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal,” jelasnya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Pasukan bantuan dari Balai Bomba Lopeng turut digerakkan bagi membantu operasi berkenaan.

Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua rumah kayu di Kampung Jeriah 3 hangus
Next: Bilik sewa terbakar di Padawan, tiada kecederaan dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.