Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah kebun musnah terbakar di Jalan Salim Sibu
  • KEBAKARAN

Rumah kebun musnah terbakar di Jalan Salim Sibu

Utusan Sarawak 1 week ago
PASUKAN BOMBA…. Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah kebun di Jalan Salim, Lorong Kong Yip Yim di sini, petang ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Rumah kebun musnah dalam kebakaran di Jalan Salim, Lorong Kong Yip Yim, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 2.43 petang.

PASUKAN BOMBA…. Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah kebun di Jalan Salim, Lorong Kong Yip Yim di sini, petang ini. Foto PGO Bomba Sarawak

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan rumah kayu yang telah terbakar sepenuhnya, tiada mangsa dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan.

PASUKAN BOMBA…. Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah kebun di Jalan Salim, Lorong Kong Yip Yim di sini, petang ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Katanya, PKO bertindak melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya. 

“Operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat pada 3.55 petang. Tiada mangsa dilaporkan,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan enam unit rumah pekerja di Ulu Niah
Next: Rumah dua tingkat musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Lalang Gedong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.