Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah kayu dua tingkat musnah terbakar di Kampung Lichok
  • KEBAKARAN

Rumah kayu dua tingkat musnah terbakar di Kampung Lichok

Utusan Sarawak 3 days ago
PADAM KEBAKARAN…Anggota bomba memadam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Lichok, Jalan Roban – Sarikei. Foto PGO Bomba Sarawak

SARIKEI: Rumah kayu dua tingkat musnah terbakar di Kampung Lichok, Jalan Roban-Sarikei petang tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, berkata panggilan kecemasan diterima sekitar 5.33 petang. 

PADAM KEBAKARAN…Anggota bomba memadam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Lichok, Jalan Roban – Sarikei. Foto PGO Bomba Sarawak

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati rumah tersebut telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

MUSNAH…Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran, petang tadi. Foto PGO Bomba Sarawak 

Katanya, anggaran keluasan rumah adalah 20×20 kaki persegi.  

“Pasukan keluaran operasi (PKO) diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, air tangki pam jentera sehingga padam sepenuhnya. 

“Operasi pemadaman selesai sekitar 7.30 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Jambu
Next: PDRM Lawas pantau kebakaran belukar di Banting Fasa IV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.