Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Jiram terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

Rumah Jiram terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
MISI BANTUAN…Pasukan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus menghantar bantuan makanan untuk penghuni rumah panjang yang dikenakan kawalan penuh pergerakan di bawah DUN berkenaan.

BINTULU: Rumah Jiram di Jalan Bintulu-Tatau yang dikenakan Perintah Kawalan Penuh Pergerakan turut mendapat perhatian dari Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.

Wakil dari Pusat Khidmat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus, Eugene John Sikie berkata, rumah panjang tersebut terpaksa menghadapi perintah berkenaan bagi memberi ruang untuk Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD).

“Penyampaian sumbangan barang makanan oleh Pusat Khidmat adalah untuk meringankan beban penduduk di rumah panjang berkenaan berikutan pelaksanaan ACD di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi berhubung perkara itu di sini semalam.

Menurutnya, misi menghantar bantuan makanan tersebut turut disertai lima orang sebagai pasukan dari Pusat Khidmat berkenaan.

“Dalam tempoh tersebut mereka tidak dapat membeli barang makanan ke pekan dan juga tidak dapat pergi ke kebun”

“Oleh yang demikian bantuan tersebut diharapkan dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Terdahulu pasukan tersebut turut mengagihkan bekalan makanan untuk Rumah Gisa, Nanga Tabau, Tatau, Rumah Jana, Sungai Muput dan beberapa buah rumah panjang yang dikenakan kawalan penuh pergerakan tersebut.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Warga emas ceria dapat rumah baharu
Next: Tuai rumah, ketua kaum perlu bekerjasama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.