Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah etnik Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak akan dibina semula segera – SCV
  • TEMPATAN

Rumah etnik Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak akan dibina semula segera – SCV

Utusan Sarawak 1 day ago
KEBAKARAN yang bermula sekitar 7.30 malam itu telah memusnahkan rumah etnik Bidayuh yang berkeluasan 1,130 meter persegi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

SANTUBONG: Rumah Etnik Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak (SCV) yang musnah dijilat api malam tadi akan dibina semula secepat mungkin menjelang Tahun Melawat Malaysia akan datang.

Pengarah Jualan, Pemasaran dan Acara SCV Zaini Zainuddin berkata Rumah Etnik Bidayuh merupakan antara tarikan pelancongan popular di kampung budaya itu, yang dibuka sejak 1990. 

Beliau berkata rumah itu dibina pada 2007 dan asalnya bersaiz kecil sebelum diperbesar bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat.

“Semasa kejadian, rumah itu kosong dan berfungsi sebagai tempat menyimpan artifak kaum Bidayuh yang berharga.

“Ia hanya digunakan ketika musim festival sahaja manakala pada hari biasa, tiada sesiapa menghuni di situ,” katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran di sini hari ini.

Zaini juga berkata dalam usaha membangunkan semula rumah berkenaan, SCV akan mendapatkan bantuan daripada pihak muzium serta komuniti Bidayuh khususnya daripada segi artifak dan bahan warisan etnik itu.

Kenyataan SCV pula memaklumkan bahawa operasi kampung budaya itu berjalan seperti biasa memandangkan hanya Rumah Etnik Bidayuh yang terjejas dalam insiden kebakaran tersebut.

“Kampung Budaya Sarawak akan terus dibuka kepada pengunjung, dengan akses di sekitar kawasan terjejas dihadkan buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan serta melancarkan siasatan dan usaha pemulihan.

“Semua rumah budaya dan kemudahan lain di Kampung Budaya Sarawak kekal utuh dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran yang bermula sekitar 7.30 malam itu telah memusnahkan rumah etnik berkenaan yang berkeluasan 1,130 meter persegi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

-BERNAMA

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh agenda PCDS 2030 melalui program CEPA dan inisiatif hijau
Next: Tabung Haji serah RM1.92 juta zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.