Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat separuh kekal musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat separuh kekal musnah terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago

SERIAN: Sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal di Kampung Stabun, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 6.55 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

Turut ke lokasi membantu operasi pemadaman ialah BBP Siburan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

Jentera pertama tiba pada 7.00 pagi, dan operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan dua aliran dan, dua nozel secara ofensif dan defensif.

Api berjaya dikawal sepenuhnya 7.28 pagi sebelum kerja-kerja overhaul diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Menurut Komander Operasi, kebakaran mengakibatkan kemusnahan 100 peratus ke atas rumah berkeluasan kira-kira 50 x 30 kaki persegi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran rumah dua tingkat di Pujut 2A
Next: Tindakan awal guna alat pemadam api berjaya elak kuarters guru terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.