Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah dua tingkat musnah terbakar
  • TEMPATAN

Rumah dua tingkat musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
AHLI Bomba memadamkan kebakaran.

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat yang tidak berpenghuni di belakang SJK Chung Hua No.4 di Jalan Pisang musnah sepenuhnya oleh kebakaran pagi, semalam.

 Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka menerima panggilan tersebut pada pukul 10.48 pagi. 

Pelapor memaklumkan terdapat sebuah rumah tidak kekal dua tingkat telah terbakar di tingkat atas di lokasi kejadian.

Jentera Bomba Batu Lintang yang bergerak balik dari operasi kebakaran sampah di Jalan Stephen Yong terus bertindak balas kebakaran rumah berkenaan dan memulakan operasi pemadaman.

Pasukan lain dari BBP Padungan, anggota EMRS dan bantuan jentera tangki air dari BBP Tabuan turut digerakkan ke lokasi.

Api berjaya dikawal pada jam 11.02 pagi.

Bomba juga mengatakan tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.

Continue Reading

Previous: KPDNHEP Sibu sentiasa pantau harga barang
Next: Lelaki ditemui meninggal di bilik sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.