Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Hulu Sesang, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Hulu Sesang, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEBAKARAN kediaman dua tingkat di Kampung Hulu Sessang yang telah musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

KABONG: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kediaman dua tingkat milik mereka di Kampung Hulu Sessang musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 7.00 pagi itu, rumah separuh kekal berkenaan dilaporkan hangus terbakar 100 peratus. 

Bagaimanapun, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak sepenuhnya, sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Mm(JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.08 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan segera ke lokasi kejadian.

KEBAKARAN kediaman dua tingkat di Kampung Hulu Sessang yang telah musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan penggunaan sebuah jentera Kenderaan Penyelamat Bomba (FRT) serta unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan anggota mencukupi bagi mengawal kebakaran.

“Operasi diketuai oleh Komander Operasi, Abdul Rahman Sabi, dengan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki serta dua nozel bagi memadam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong yang menggunakan pam angkut dan sumber air terbuka bagi mempercepatkan usaha pemadaman api.

Selepas api berjaya dikawal sepenuhnya, anggota bomba menjalankan kerja pembersihan bagi memastikan tiada saki-baki bara api yang berpotensi mencetuskan kebakaran semula di tapak kejadian.

Selain JBPM, beberapa agensi lain turut berada di lokasi bagi membantu kelancaran operasi serta kawalan keselamatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan PBS Kabong.

Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak JBPM Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas bomba kawal kebakaran belukar di Jalan Kelupu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.