Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Lalang Gedong
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Lalang Gedong

Utusan Sarawak 6 days ago
OPERASI pihak bomba memadam kebakarang yang melibatkan Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Lalang Gedong, Serian.

SERIAN: Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Lalang Gedong, di sini musnah hampir 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.09 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dengan bantuan BBP Serian bergegas ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 23 kilometer dan tiba pada 2.35 petang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis struktur separuh kekal berkeluasan anggaran 30 kali 60 kaki persegi, dan terbakar hampir 90 peratus ketika pasukan bomba tiba di lokasi.

“Setakat ini, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan.

“Pasukan operasi pemadaman menjalankan tindakan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki, satu penyambung paip utama, dan dua pancutan muncung hos (nozel) sebelum api berjaya dikawal pada 2.45 petang,” jelasnya.

Operasi pemadaman diketuai oleh PBK II TBKI Mohd Norhizam Rentap Abdullah dengan kekuatan 14 anggota menggunakan satu jentera LFRT dan satu jentera FRT.

Api berjaya dikawal sepenuhnya, dan kerja pemeriksaan sisa kebakaran dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan di kawasan terlibat.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kebun musnah terbakar di Jalan Salim Sibu
Next: Kebakaran musnahkan 29 pintu rumah panjang di Kapit, akses sukar lambatkan laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.