
SIBURAN: Sebuah rumah dua tingkat jenis struktur tidak kekal di Kampung Jambu Siburan musnah sekitar 80 peratus dalam kebakaran petang tadi.
Pusat Gerakan Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikejarkan ke lokasi sejauh 18 kilometer. Pasukan tiba di lokasi pada 2.39 petang.


Komander Operasi, Mohamad Imran Mohamad Sabri berkata, kebakaran membabitkan rumah berkeluasan lebih kurang 40×60 kaki itu berjaya dikawal selepas anggota menjalankan pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki, dua nozel serta sumber air dari tangki jentera dan pili bomba.
“Pasukan turut melaksanakan kerja pemadaman peringkat ‘overhauling’ bagi memastikan tiada unsur bara api yang boleh mendatangkan bahaya sebelum operasi ditamatkan,” jelasnya.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.
Oleh Amanda L