Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah dihempap empat batang pokok sukun di Jerijeh
  • WILAYAH

Rumah dihempap empat batang pokok sukun di Jerijeh

Utusan Sarawak 5 months ago

OPERASI....Pasukan bomba bertugas memotong dan mengalihkan dahan pokok sukun tumbang. Foto PGO Bomba Sarawak 

TANJUNG MANIS: Sebuah rumah di Jalan Sri Bahagia, Kampung Jerijeh dihempap empat batang pokok sukun, hari ini.

Difahamkan, kejadian tersebut disebabkan oleh angin kencang. 

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada jam 9.20 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diketuai komander operasi Alban Gayang Lembang bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati empat batang pokok sukun telah tumbang dan menghempap rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, pasukan bomba menggunakan tiga bilah parang dan seunit mesin gergaji berantai untuk memotong dan mengalihkan dahan pokok tumbang di atas bumbung rumah tersebut sehingga selesai. 

“Operasi memotong dan mengalihkan dahan pokok tumbang selesai sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari. 

“Turut berada di lokasi adalah pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanjung Manis,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Jelajah Gawai DUN Lingga diteruskan
Next: Kejadian tanah susur di Ulu Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.