Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah berek 5 pintu musnah terbakar
  • TEMPATAN

Rumah berek 5 pintu musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
MUSNAH… Api marak memusnahkan rumah berek di di Kem Belia Kemuyang, Jalan Kemuyang.

SIBU: Rumah berek lima pintu musnah dalam kebakaran di Kem Belia Kemuyang, Jalan Kemuyang di sini, malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada 11.38 malam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan rumah berek lima pintu setingkat jenis separuh kekal telah musnah 90 peratus dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Katanya, pasukan bomba kemudian bertindak menggunakan satu aliran 300 kaki dua nozel dan satu aliran 200 kaki satu nozel, air tangki jentera dan pam pili untuk proses pemadaman.

“Kaedah ‘defensif’ digunakan kerana struktur utama bangunan telah terbakar dan berisiko untuk roboh.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya lebih kurang sejam kemudian,” ujarnya.

Jelasnya, hasil makluman dari pengurus kem, rumah berek tersebut telah lama tidak digunakan dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Tiga tercampak keluar, seorang tersepit
Next: Kunjungan hormat Sarimah Misnan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.