Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP ubah wajah luar bandar di DUN Krian, tingkat kualiti hidup penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

RTP ubah wajah luar bandar di DUN Krian, tingkat kualiti hidup penduduk

Utusan Sarawak 11 hours ago
FRIDAY Belik merasmikan projek RTP 2025 di Rumah Isa, Tegan Lempa, Kabo, semalam. Foto: ADUN Krian

KRIAN: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) terus memainkan peranan penting dalam mengubah wajah kawasan luar bandar, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, pelaksanaan projek RTP telah membawa perubahan ketara kepada kehidupan penduduk, termasuk dari segi kemudahan asas, keselesaan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Menurut beliau, projek-projek yang dilaksanakan bukan sahaja meningkatkan infrastruktur, malah turut menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar yang sekian lama memerlukan perhatian.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan projek RTP 2025 di Rumah Isa, Tegan Lempa, Kabo, semalam, yang menjadi antara contoh kejayaan pelaksanaan projek berimpak tinggi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut meluangkan masa menyantuni penduduk rumah panjang serta beramah mesra dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Katanya, maklum balas yang diterima amat positif apabila penduduk menyatakan rasa puas hati dan penghargaan terhadap projek yang telah siap dilaksanakan dengan baik serta memberi manfaat langsung kepada mereka.

Sehubungan itu, Friday berharap pelaksanaan RTP akan diteruskan dan diperkasakan agar lebih banyak kawasan luar bandar di DUN Krian dapat menikmati pembangunan yang seimbang dan inklusif pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MTMD Miri perkukuh sinergi agensi bendung ancaman dadah semakin kompleks
Next: Lori 1.5 tan terbakar di Jalan Jee Foh Utama, pekerja sempat padam api awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.