Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP ubah landskap pembangunan di kawasan luar bandar DUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

RTP ubah landskap pembangunan di kawasan luar bandar DUN Kalaka

Utusan Sarawak 4 days ago
. MOHAMAD Duri melakukan lawatan tapak projek naik taraf Gelanggang Terbuka Kampung Tengah Perpat bersama pihak Majlis Daerah Saratok di sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) terus mengubah landskap di kawasan luar bandar, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka apabila pelbagai projek siap memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pelaksanaan RTP bukan sahaja menambah baik infrastruktur asas, malah turut meningkatkan kesejahteraan penduduk serta menjana ekonomi setempat.

“RTP memberi peluang penduduk luar bandar menikmati pembangunan seimbang dengan kawasan bandar.

“Ia meliputi jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan awam dan pembangunan sosial,” katanya ketika melakukan lawatan tapak projek naik taraf Gelanggang Terbuka Kampung Tengah Perpat bersama pihak Majlis Daerah Saratok di sini, semalam.

Beliau menegaskan kerajaan negeri komited memperluas pelaksanaan RTP agar tiada komuniti tercicir daripada arus pembangunan, di samping mengajak rakyat Kalaka terus menyokong agenda kerajaan.

Menurutnya, kestabilan politik Sarawak serta hasil ekonomi yang baik di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membolehkan projek pembangunan dilaksana dengan lancar.

“Alhamdulillah, politik negeri yang stabil membolehkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan berjalan dengan baik,” ujarnya.

Katanya lagi, projek yang siap di Kampung Tengah Perpat itu bukti jelas kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendahulukan keperluan rakyat luar bandar.

“Saya akan terus memastikan setiap permohonan projek daripada rakyat Kalaka dibawa dan dilaksanakan demi kesejahteraan bersama,” tegas Mohamad Duri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 32 anggota APM Saratok sertai latihan menyelamat di air
Next: Sesi perbincangan strategik fokus pembangunan usahawan dan ekonomi Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.