Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP ubah landskap luar bandar terutamanya di kawasan DUN Bukit Begunan
  • Tengah
  • WILAYAH

RTP ubah landskap luar bandar terutamanya di kawasan DUN Bukit Begunan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Mong Dagang semasa hadir pada Majlis Perasmian Projek RTP 2025 di Rumah Tarang, Entulang Entawa, Sri Aman, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN N.31 Bukit Begunan

SRI AMAN: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diperkenalkan kerajaan Sarawak terus membuktikan keberkesanannya dalam mengubah landskap kehidupan masyarakat luar bandar, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, berkata pelaksanaan projek-projek di bawah RTP membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Menurut beliau, kejayaan pelaksanaan RTP adalah hasil daripada dasar pembangunan inklusif kerajaan Sarawak yang menitikberatkan keseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Inilah bukti nyata bahawa kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa memastikan pembangunan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek RTP 2025 di Rumah Tarang, Entulang Entawa, Sri Aman, semalam.

Projek RTP berjumlah RM200,000 itu melibatkan kerja naik taraf Rumah Panjang Rumah Tarang, yang memberi manfaat kepada 24 Ketua Isi Rumah (KIR).

Skop pembinaannya merangkumi naik taraf jendela tingkap gelongsor, siling ruai dan kaki lima, serta pemasangan jubin lantai di kawasan parkir kereta.

Selain itu, Mong turut meninjau Dewan Sri Entulang bagi tujuan penambahbaikan, Tadika KEMAS Entulang, serta Rumah Biro Wanita.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RTP Tahun 2026 sebanyak RM100,000 bagi Dewan Sri Entulang dan RM50,000 bagi Tadika KEMAS Entulang.

Dalam masa sama, peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) turut diagihkan kepada komuniti setempat bagi memperkasa pentadbiran dan aktiviti masyarakat.

Antaranya, JKKK Rumah Tarang menerima RM10,000, manakala Biro Wanita Rumah Tarang menerima RM5,000.

Pada majlis tersebut, Datuk Mong turut menyerahkan geran MRP kerajaan Sarawak berjumlah RM55,000 kepada sembilan penerima, termasuk JKKK Kampung Entulang Lalang (RM10,000); JKKK Melugu Skim (RM10,000); JKKK Rumah Edward Sli (RM4,000); JKKK Rumah Majeng (RM5,000); JKKK Rumah Suat (RM10,000).

Selain itu, JKKK Rumah Wilson Bana (RM6,000); Biro Wanita Rumah Wilson Bana (RM4,000); Kelab Sokanjaya Bahagian Sri Aman (RM3,000) dan Persatuan Kebajikan Islam Sri Aman (RM3,000).

Mong menegaskan bahawa pendekatan berpaksikan rakyat ini akan terus diteruskan bagi memastikan kesejahteraan komuniti luar bandar terus meningkat seiring kemajuan negeri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penduduk Lundu dan Sematan bakal nikmati bekalan air lebih stabil menjelang 2028
Next: Perpaduan, solidariti kunci kestabilan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.