Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP terus tingkatkan kemudahan pendidikan di DUN Kalaka
  • Tengah
  • WILAYAH

RTP terus tingkatkan kemudahan pendidikan di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 3 hours ago
MAJLIS serah tapak projek siap telah diwakili oleh Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka, di Saratok hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha menaik taraf kemudahan pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka akan terus diberi perhatian melalui projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Terbaru, projek menaik taraf Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman Saratok telah siap sepenuhnya, membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata kerja-kerja menaik taraf Dataran Ilmu dan fasiliti berkaitan telah dilaksanakan oleh Syarikat P&C, kontraktor yang dilantik melalui proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

Majlis serah tapak projek siap telah diwakili oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang hadir bagi mewakili ADUN Kalaka, hari ini.

Projek yang bermula pada 1 Oktober lepas ini berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal, dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong bertindak sebagai agensi pelaksana.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

“RTP bukan sahaja memacu pembangunan luar bandar, malah menjadi bukti komitmen kerajaan negeri dalam memastikan jurang kemudahan antara sekolah bandar dan luar bandar tidak terus melebar, kata Mohamad Duri.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Guru Besar SK Abang Abdul Rahman Saratok, Mahrup Engga, wakil agensi pelaksana, serta wakil dari Pejabat Residen Bahagian Betong dan Pejabat Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: MBKS perkukuh kerjasama bersama polis tangani jenayah komersil di Kuching Selatan
Next: APM tangkap biawak ditemui di bawah stor di Kampung Tengah Serembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.