Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP Khas bina kemudahan parkir di Rumah Ali Jampi dan Rumah Muja Ayun
  • Tengah
  • WILAYAH

RTP Khas bina kemudahan parkir di Rumah Ali Jampi dan Rumah Muja Ayun

Utusan Sarawak 18 hours ago

KEMUDAHAN tempat letak kenderaan di Rumah Ali Jampi dan Rumah Muja Ayun, Nanga Tutus kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan demi keselesaan serta kemudahan penduduk setempat.

SIBU: Kemudahan tempat letak kenderaan di Rumah Ali Jampi dan Rumah Muja Ayun di Nanga Tutus telah siap dibina di bawah Dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Khas.

Pengerusi Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, bersama jurutera daripada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) melawat kedua-dua rumah panjang berkenaan bagi melakukan pemeriksaan akhir projek tersebut.

Menurut Lau, inisiatif itu bermula pada Mac tahun lalu selepas pasukan cawangannya menjalankan beberapa lawatan tapak untuk menilai keadaan serta mendapatkan maklum balas terus daripada penduduk rumah panjang berhubung keperluan dan cabaran yang dihadapi.

“Dahulu, penduduk bergantung pada jambatan kayu untuk ke bahagian depan rumah panjang, namun struktur tersebut semakin uzur. 

“Sementara itu, jalan simen di bahagian belakang pula menjadi sempit kerana sering digunakan sebagai kawasan parkir. Dengan siapnya tempat letak kenderaan baharu ini, penduduk kini menikmati akses dan kemudahan parkir yang lebih selamat serta selesa,” katanya.

Beliau berkata, keadaan tanah lembut menjadi antara cabaran utama sepanjang pembinaan, namun kerjasama erat antara kontraktor, pihak MDLBS dan penduduk membolehkan projek itu disiapkan dengan jayanya.

Lau turut menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Pengerusi SUPP Bawang Assan, Kapitan Tan Ching Teck atas peranannya menyelaras projek berkenaan serta kepada penduduk yang sabar dan memahami sepanjang tempoh pelaksanaan.

“Siapnya projek ini bukan sahaja menambah baik infrastruktur sekitar rumah panjang, tetapi turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat luar bandar melalui dana RTP Khas,” katanya.

Beliau menambah bahawa kedua-dua rumah panjang yang terletak berhampiran tebing sungai masih berdepan isu banjir ketika air pasang besar atau hujan lebat.

“Bagi menangani masalah ini, SUPP akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk meneroka penyelesaian jangka panjang termasuk projek mitigasi banjir dan saliran, demi menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan selesa kepada penduduk.

“Kami akan terus mendengar suara rakyat serta memperjuangkan lebih banyak projek pembangunan berasaskan keperluan akar umbi supaya pembangunan luar bandar seiring dengan kemajuan kawasan bandar,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sistem Bayaran Mudah Warga Emas dilancar di Kuching
Next: ADUN Krian gesa penerima MRP gunakan peruntukan demi kebaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.