Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP DUN Meradong perkasa infrastruktur rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

RTP DUN Meradong perkasa infrastruktur rumah panjang

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Tuai Rumah Cherida Igu, Alwani Abdullah dan  Pemanca Yii Hee Seng.

BINTANGOR: Tiga projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bernilai keseluruhan RM260,000 diluluskan bagi menaik taraf jambatan, jalan dan sistem perparitan demi kesejahteraan komuniti rumah panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata kelulusan projek tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan penambahbaikan kemudahan asas.

“Antara projek RTP yang diluluskan adalah menaik taraf jambatan I-Beam di Rumah Cherida, Sungai Mador dengan kos RM150,000. 

“Jambatan sepanjang 12 meter itu merupakan laluan penting bagi penduduk untuk urusan harian termasuk ke sekolah, pusat bandar, kemudahan kesihatan serta aktiviti ekonomi.

“Penaiktarafan jambatan ini akan meningkatkan tahap keselamatan pengguna serta memastikan pergerakan penduduk lebih lancar, terutamanya ketika musim hujan,” katanya kepada media, semalam.

Selain itu, katanya, projek RTP menaik taraf jalan utama Rumah Rentap, Jalan KJD turut diluluskan dengan kos sebanyak RM60,000. 

“Jalan sepanjang 150 meter tersebut merupakan laluan utama penduduk dan sering digunakan oleh kenderaan harian.

“Kerja menaik taraf jalan itu akan memberi keselesaan kepada pengguna, mengurangkan risiko kerosakan kenderaan serta meningkatkan tahap keselamatan lalu lintas di kawasan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, turut diluluskan adalah projek RTP menaik taraf sistem perparitan di Rumah Linya, Mador Ili dengan kos RM50,000 melibatkan panjang 50 meter. 

“Projek ini bertujuan mengatasi masalah saliran air serta mengurangkan risiko banjir kilat ketika hujan lebat.

“Sistem perparitan yang lebih baik akan membantu melindungi kawasan penempatan penduduk dan memastikan persekitaran yang lebih selamat dan selesa,” katanya lagi.

Koung Hiing turut menegaskan bahawa pelaksanaan projek RTP amat penting kerana ia memberi manfaat secara langsung kepada rakyat di peringkat akar umbi, khususnya komuniti rumah panjang yang bergantung kepada infrastruktur asas sebagai nadi kehidupan seharian.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei serta semua agensi pelaksana atas kerjasama dalam merancang dan meluluskan projek tersebut dan berharap pelaksanaannya berjalan lancar serta disiapkan mengikut jadual.

Turut hadir Penolong Jurutera DID Sarikei, Alwani Abdullah; Pemanca Yii Hee Sieng; Tuai Rumah Cherida Igu; Tuai Rumah Rentap dan Tuai Rumah Linya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Anak Jati Lawas Kuching kunjungi Pesuruhjaya Polis Sarawak
Next: Masyarakat digesa hargai pendidikan dan hormati warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.