Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP DUN Meradong 2026: RM50,000 diluluskan atasi masalah perparitan Rumah Ikuok Bandin
  • Tengah
  • WILAYAH

RTP DUN Meradong 2026: RM50,000 diluluskan atasi masalah perparitan Rumah Ikuok Bandin

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menjalankan lawatan ke tapak projek RTP DUN Meradong di Rumah Ikuok Bandin, Batu 5, Jalan KJD. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong 2026 bernilai RM50,000 bagi menangani isu perparitan yang sering menyebabkan limpahan air dan banjir di Rumah Ikuok Bandin, Batu 5, Jalan KJD.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata kelulusan projek tersebut amat penting kerana masalah perparitan di kawasan rumah panjang tersebut telah berlarutan sejak tahun lalu dan menjejaskan keselamatan serta aktiviti harian penduduk, khususnya ketika hujan lebat.

“Masalah perparitan ini kerap menyebabkan air melimpah dan berlaku takungan, sekali gus meningkatkan risiko banjir.

“Dengan kelulusan projek RTP ini, sistem perparitan sedia ada akan dinaik taraf bagi memastikan aliran air lebih lancar dan terkawal,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut, baru-baru ini.

Beliau turun padang meninjau lokasi projek bagi menyemak keadaan semasa serta penyelarasan awal pelaksanaan bersama agensi pelaksana.

Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei yang diketuai Abdul Rashid Abdul Rahman bagi perbincangan teknikal.

Tambah Koung Hiing, skop kerja projek merangkumi pembersihan laluan perparitan, pembinaan semula bahagian yang rosak, pendalaman parit dan pengukuhan struktur tertentu mengikut keperluan teknikal di lokasi tersebut.

“Komitmen kerajaan Sarawak untuk terus memperkukuh kemudahan infrastruktur asas di kawasan luar bandar adalah sebagai usaha menjamin kesejahteraan rakyat.

“Kemudahan asas seperti sistem perparitan, jalan kampung, bekalan air, pencahayaan dan bangunan awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Sarawak.

“Pelaksanaan projek RTP DUN Meradong setiap tahun merupakan saluran penting untuk menyelesaikan isu-isu setempat secara lebih cepat dan bersasar, khususnya di kawasan penempatan tradisi seperti rumah panjang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Belia pemacu komuniti, Saberkas Meradong rangka program strategik 2026
Next: Warga pentadbiran tulang belakang pembangunan bahagian Miri – Lee Kim Shin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.