Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RTP bukti komitmen kerajaan
  • TEMPATAN

RTP bukti komitmen kerajaan

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAUAN…Huang meninjau projek RTP 2019 di salah sebuah tokong, di Repok Sabtu lalu.

SARIKEI: Pelaksanaan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ternyata membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan secara menyeluruh di Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, pelaksanaan RTP banyak membantu pembangunan dari segi infrastruktur.

“Di DUN (Dewan Undangan Negeri) Repok, RTP dari Kerajaan Sarawak digunakan untuk pembangunan infrastruktur seperti di sekolah dan rumah ibadat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya sebagai ADUN di Repok amat berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan kabinet Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang prihatin dengan kebajikan rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual para pemberita ketika tinjauan projek RTP 2019 ke beberapa tokong dan sekolah di kawasan Repok, Sabtu lalu.

“Setinggi penghargaan juga kepada ketua menteri kita kerana meluluskan projek RTP di Sarikei.

“Selain itu, saya juga berpuas hati dengan kerjasama daripada semua pihak yang telah melancarkan lagi pelaksanaan projek RTP di DUN Repok,” ujarnya.

Dalam pada itu, pada hari sama, Huang dan rombongannya dari Pusat Khidmat N45 Repok telah mengadakan tinjauan projek RTP 2019 di Tokong Kuan Yin, Meruton, Tokong Sing Hing King, Tokong Di Mu, Tokong Lu Ping Kim, Kim San dan Tokong San Nguong Sia, Jakar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) St. Martin, SJKC Kiew Mang, Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Paoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Paoh.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana
Next: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.