Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • RTM perkukuh infrastruktur digital, lindungi hak siaran eksklusif Piala Dunia
  • SUKAN

RTM perkukuh infrastruktur digital, lindungi hak siaran eksklusif Piala Dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
RTM perkukuh infrastruktur digital, lindungi hak siaran eksklusif Piala Dunia. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memperkukuh infrastruktur keselamatan digital pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2026 dan pelaburan industri kreatif negara.

Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan langkah itu diambil susulan laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui penggunaan aplikasi Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara menerusi RTMKlik.

“Pemantauan serta penambahbaikan teknikal turut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kestabilan platform dan pengalaman tontonan yang optimum,” menurut kenyataan itu.

Menurut Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia komited memastikan perkhidmatan berkenaan dapat dinikmati dengan lancar oleh penonton tempatan serta mematuhi syarat pelesenan dan hak penyiaran yang ditetapkan.

RTM menghargai keprihatinan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklum balas yang membantu meningkatkan mutu perkhidmatan penyiaran negara. – Bernama 

Continue Reading

Previous: ‘Buku bertemu ruas’ Piala Dunia saksikan empat keputusan seri sejak 1958
Next: Hasrat Speedy Tigers ke separuh akhir musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.