Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • RTG bantu pemain profesional dapatkan tempat latihan lebih kondusif
  • SUKAN

RTG bantu pemain profesional dapatkan tempat latihan lebih kondusif

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah), bergambar pada Persidangan Orang Kurang Upaya dalam Sukan ASEAN 2025 yang diadakan di The Everly hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Road to Gold (RTG) akan membantu pemain badminton profesional mendapatkan tempat latihan yang lebih kondusif, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata ketika ini kebanyakan mereka menjalani latihan di tempat terbuka dan terdedah kepada orang ramai.

“Kita boleh bantu carikan tempat latihan lebih sesuai dan tertutup. Jadi mereka tidak perlu pergi pusat beli-belah (untuk latihan) dan orang ramai tengok mereka berlatih.

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tengah) menghadiri pada Persidangan ASEAN Persons With Disabilities In Sport Conference 2025 di The Everly hari ini. Foto BERNAMA

 “Saya percaya Penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingan akan koordinasikan bantuan untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) in Sports Conference 2025 di sini hari ini.

Hannah yang juga Pengerusi Jawatankuasa RTG berkata pihaknya juga akan membantu mendapatkan rakan sepelatih berkualiti dalam usaha melonjakkan prestasi pemain profesional negara itu.

Pada Khamis lepas, empat pemain badminton profesional negara iaitu gandingan nombor satu dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie secara rasmi menyertai program RTG sebagai persediaan ke temasya Olimpik Los Angeles 2028 (LA 28).

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Persidangan ASEAN Persons With Disabilities In Sport Conference 2025 di The Everly hari ini. Foto BERNAMA

Dalam pada itu, Hannah berharap isu kontrak beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah yang tamat pada Disember lepas dapat diselesaikan segera agar ia tidak menjejaskan prestasi pasangan ketiga dunia itu.

Terdahulu, Hannah memaklumkan kira-kira 240 peserta menghadiri ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) in Sports Conference 2025 yang bermula semalam dan berakhir hari ini.

Beliau berkata persidangan bertemakan ‘Inclusive Sports for All: Breaking Barriers, Building Bridges in ASEAN’ membincangkan mengenai akses dan langkah memperkasakan lagi sukan untuk orang kurang upaya (OKU).– Bernama

Continue Reading

Previous: Wirtz akhirnya sah jadi milik Liverpool
Next: SJK Methodist (M) Sibu juara bola jaring MSSR Bawah 12 Bahagian Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.