Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RSK pupuk perpaduan dalam komuniti
  • TEMPATAN

RSK pupuk perpaduan dalam komuniti

Utusan Sarawak 4 years ago
SELESAI… Datuk Francis Harden Hollis dan tetamu khas menunjuk isyarat jari bagus sebaik sahaja berakhir Program RSK KRT Bahagian Sri Aman Secara Fizikal 2021 di Kampung Muhibbah dekat Bandar Simanggang baru-baru ini.

SIMANGGANG: Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah dekat sini baru-baru ini telah dipilih bagi tujuan penganjuran Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Sri Aman Secara Fizikal 2021.

Program yang menyasarkan penyertaan 100 isi rumah itu telah pun dianjur oleh Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Antara objektif program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sri Aman itu adalah untuk memupuk perpaduan dalam komuniti Sarawak agar keharmonian sosial dapat terus dimantapkan.

“Selain itu program ini juga bertujuan mewujud jalinan kerjasama dan kolaborasi dalam komuniti bagi menangani cabaran isu sosial yang dihadapi agar keselamatan awam terus dipelihara.

“Malah penganjurannya juga bertujuan untuk memantapkan budaya kepedulian dalam masyarakat agar integrasi dan kesejahteraan sosial mereka terus terjalin dari masa ke semasa,” kata jurucakap penganjurnya.

Bagi menjadikan program ini lebih bermakna katanya, empat sesi ceramah telah pun diadakan ceramah pertama Perpaduan Dalam Komuniti yang disampaikan oleh JPNIN Negeri Sarawak.

Ceramah kedua bertajuk Keselamatan Dalam Komuniti pula katanya disampaikan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Manakala dua lagi ceramah iaitu Mengenali Individu Yang Terjebak Dadah dan Solidariti Keluarga Semasa Covid-19 pula masing-masing disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak serta Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHA).

“Justeru kami berharap pembangunan seimbang dapat dicapai melalui program berkenaan khususnya terhadap golongan sasar seperti ibu bapa, wanita dan lelaki dewasa, remaja dan pelajar di kawasan ini,” katanya.

Terdahulu Program RSK KRT Bahagian Sri Aman Secara Fizikal 2021 yang berlangsung di Kampung Muhibbah di sini telah pun dirasmikan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Hadir sama ialah Setiausaha Eksekutif MPS, Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah, Pengarah JPNIN Sarawak, Dirwana Azool, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit, Pegawai Daerah Sri Ama, Mohd Ashree Wee, Pegawai JPNIN Bahagian Sri Aman, Ahmad Noorkamal Abdul Malek dan Pengerusi KRT Zon 1 Kampung Muhibbah, Latipah Mantali.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: SIFMA 2 kembali meriahkan industri seni, budaya tempatan
Next: Jalan Pakan terputus akibat tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.