Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Royston serah tapak lima projek infrastruktur di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Royston serah tapak lima projek infrastruktur di Mukah

Utusan Sarawak 4 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine hari ini menyempurnakan penyerahan tapak bagi lima projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 dan Projek Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) Siri 2/2025 yang akan dilaksanakan di sekitar Mukah. Foto UKAS

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine hari ini menyempurnakan penyerahan tapak bagi lima projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 dan Projek Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) Siri 2/2025 yang akan dilaksanakan di sekitar Mukah.

Projek-projek tersebut melibatkan kerja menaik taraf titian di Kampung Tellian Laut, Kampung Tellian Tengah, Kampung Petanak Hilir, dan Kampung Petanak Hulu, serta kerja menaik taraf sistem saliran di Skim Penempatan Semula Kampung Kuala Lama.

Kesemua projek ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Mukah, dengan penglibatan kontraktor tempatan seperti Moza Larik, Sri Chahya Mukah, Kenyalang Maju Enterprise, Syarikat Blue Sky, dan Meldecos Resources.

Menurut Royston, pelaksanaan projek berkenaan amat penting dalam usaha memperkukuh infrastruktur asas demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Integriti kontraktor, komitmen ketua kampung serta pemantauan rapi daripada agensi pelaksana adalah penentu utama kelancaran projek agar dapat disiapkan tepat pada masanya, atau lebih awal daripada jadual,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar setiap projek dapat dijalankan dengan lancar melalui kerjasama erat antara agensi pelaksana, kontraktor dan kepimpinan akar umbi di peringkat kampung.

Turut hadir Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Tellian, Jay Keram serta tetamu lain. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM pantau keadaan banjir di Lubok Antu, penduduk diingat berwaspada
Next: APM tinjau kenaikan paras air di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.