Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Roy Gingkoi tegas komitmen perkasa pembangunan luar bandar di Lubok Antu
  • Selatan
  • WILAYAH

Roy Gingkoi tegas komitmen perkasa pembangunan luar bandar di Lubok Antu

Utusan Sarawak 4 hours ago
ROY Angau Gingkoi menyempurnakan Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Entebang Belaie, Ulu Skrang, semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

​SKRANG: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, menegaskan komitmen beliau dalam memastikan agenda pembangunan di kawasan luar bandar terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

​Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Entebang Belaie, Ulu Skrang, semalam. 

Program tersebut merupakan inisiatif murni anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Lubok Antu bagi mendekati masyarakat akar umbi.

ROY Angau Gingkoi menyempurnakan Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Entebang Belaie, Ulu Skrang, semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

​Menurut Roy, penganjuran program ini sangat signifikan dalam memperkukuh semangat kebersamaan antara pemimpin dan rakyat. 

Beliau menyifatkan perpaduan sebagai kunci utama untuk menjayakan segala aspirasi kemajuan yang telah dirangka khusus untuk kawasan Parlimen Lubok Antu.

​Dalam majlis yang penuh bermakna itu, beliau turut membawa khabar gembira buat penduduk setempat dengan mengumumkan beberapa peruntukan khas. 

ROY Angau Gingkoi menyempurnakan Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua P.203 Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Entebang Belaie, Ulu Skrang, semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

Antaranya termasuklah kelulusan projek baik pulih atap di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2027 berjumlah RM100,000.

​Selain pembangunan infrastruktur, kebajikan organisasi setempat turut diberi perhatian serius melalui pemberian geran aktiviti. Beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta RM8,000 khusus untuk Biro Wanita bagi menyokong program komuniti mereka.

​”Kehadiran ramai penduduk pada hari ini jelas membuktikan sokongan padu rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan dalam membawa arus pembangunan dan kesejahteraan ke kawasan ini,” katanya.

​Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk barisan Penghulu, Kaunselor, Tuai-Tuai Rumah, serta agensi-agensi kerajaan. 

Kerjasama erat antara agensi dan pemimpin tempatan dianggap sebagai tulang belakang kepada kelancaran pelaksanaan program kerajaan. Penghargaan khas juga ditujukan kepada penduduk Rumah Entebang Belaie atas komitmen dan kerjasama padu yang ditunjukkan sebagai tuan rumah. 

Semangat gotong-royong dan keramahan yang dipamerkan telah memastikan program tersebut berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

​Secara keseluruhannya, program ini bukan sekadar platform penyampaian bantuan, malah bertindak sebagai medium komunikasi dua hala dalam menyelami nadi rakyat. Usaha ini diharapkan dapat terus memacu Lubok Antu ke arah masa depan yang lebih gemilang dan progresif.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan negeri pertimbang naik taraf jalan Ong Tiang Swee termasuk pembinaan parkir bertingkat
Next: Samalaju tekankan keseimbangan pembangunan dan kelestarian alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.