Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rowena Uyah dinobatkan Ratu Etnik Pesta Pantu 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Rowena Uyah dinobatkan Ratu Etnik Pesta Pantu 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
ROWENA Uyah Andrew, 21, dari Kampung Bait Baru, Lachau muncul sebagai Ratu Etnik Pesta Pantu 2025.

PANTU: Keanggunan, keyakinan dan penghayatan terhadap budaya telah menobatkan Rowena Uyah Andrew, 21, dari Kampung Bait Baru, Lachau sebagai Ratu Etnik Pesta Pantu 2025.

Berasal daripada keturunan Iban-Kayan, Rowena yang kini mengikuti pengajian dalam jurusan Diploma Perniagaan di Cyberjaya College, Kuching menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah paling bermakna buat keluarganya yang menjadi pendorong utama sepanjang perjalanan tersebut.

“Sokongan mereka yang tidak pernah putus telah memberi saya semangat untuk berdiri di pentas ini,” katanya kepada pemberita.

Anak ketiga daripada empat beradik itu sebelum ini pernah meraih tempat kedua dalam kategori Keligit Orang Ulu pada Pertandingan Ratu Gawai Bazaar 2025 di MJC Batu Kawa, Kuching.

Mengulas cabaran yang dihadapi, Rowena berkata persaingan sengit daripada peserta berpengalaman menjadi motivasi untuk memperkukuh persiapan dari segi fizikal dan mental.

“Kenangan paling manis adalah apabila usaha gigih akhirnya membuahkan hasil. Saya sendiri tidak menyangka akan dinobatkan sebagai Ratu Etnik Pantu kerana persaingan begitu sengit,” ujarnya.

Selain aktif dalam sukan bola jaring, Rowena juga meminati seni tarian tradisional dan aktiviti mendaki, mencerminkan kecintaannya terhadap alam semula jadi.

Rowena turut menekankan bahawa Pesta Pantu bukan sekadar platform hiburan, tetapi wadah untuk menyatukan masyarakat, mempromosikan produk pertanian, kraf tangan, serta memperkenalkan budaya tempatan kepada dunia luar.

“Ia juga peluang untuk memperkenalkan seni, hasil kraftangan dan potensi sosioekonomi masyarakat kita kepada dunia luar,” katanya lagi.

Menurutnya, mahkota yang dimenangi bukan sekadar simbol kecantikan, tetapi lambang tanggungjawab, keberanian, dan cinta terhadap budaya.

Beliau berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda agar terus menghargai dan mempertahankan adat, budaya dan asal-usul, meskipun dunia kini dilanda arus kemodenan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semangat perpaduan warnai sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Pekan Trusan
Next: Sambutan Hari Malaysia 2025 di Bintulu dijangka tarik ribuan pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.