Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Rossa bakal ulangi magis konsert Here I Am di Kuala Lumpur
  • HIBURAN

Rossa bakal ulangi magis konsert Here I Am di Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 19 hours ago

KUALA LUMPUR: Selepas mencetuskan fenomena luar biasa di negara kelahiran, penyanyi tersohor Indonesia Datuk Seri Rossa bersedia membawa keajaiban sama menerusi konsert Here I Am di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini.

Konsert itu bukan sekadar memahat keampuhan Rossa sebagai penghibur, malah selaku simbolik penghormatan istimewa buat peminat setianya di Malaysia, negara kedua yang menjadi saksi perjalanan muziknya selama hampir tiga dekad.

“Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hidup dan kerjaya saya. Di negara ini, kerjaya nyanyian saya mekar dan berkembang sehingga nama Rossa dikenali pencinta muzik serantau.

“Here I Am bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya hadiah dan perayaan cinta saya kepada peminat di negara ini yang selama ini begitu teguh menyokong perjalanan seni saya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kali ini, Rossa akan ditemani barisan artis undangan yang dijangka menyerikan lagi malam penuh emosi itu, antaranya Hael Husaini dan The Ladies yang dianggotai finalis Indonesian Idol, iaitu Rimar, Jemimah, Awdella dan Syarla.

Tidak ketinggalan, barisan sahabat dan rakan seni yang begitu dekat di hatinya termasuk Ariel Noah, Ernie Zakri, MK K-Clique, Dipha Barus dan penampilan Top 4 One In A Million yang dianggotai  Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen sebagai penghargaan terhadap bakat baharu tempatan

Dengan gabungan suara, cerita dan persahabatan, konsert Here I Am bakal melakar kenangan sebagai malam yang akan menyentuh jiwa serta menyatukan pencinta seni menerusi pilihan lagu yang menjadi jambatan kenangan antara Rossa dan penggemarnya.

Konsert Here I Am dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama Sah Entertainment.

Harga tiket bermula pada RM228 (kategori Festival) hingga RM788 (kategori Diamond Center), tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my.

Bagi pembelian tiket korporat, orang ramai boleh menghubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau e-mel rossa@yayasanprihatin.com.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sharwita tonjol keunikan fesyen, barangan kemas Malaysia di Cannes
Next: DFP tampilkan gabungan muzik dan tarian klasik India 6 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.