Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rosey Yunus rasmi lima projek RTP di DUN Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Rosey Yunus rasmi lima projek RTP di DUN Bekenu

Utusan Sarawak 2 days ago
PERASMIAN dan penyerahan pertama diadakan di Kampung Baru Subis 2 iaitu penyerahan Dewan Kampung Baru Subis 2 Datuk Rosey Yunus kepada KK Bakri Latif.

NIAH: Lima Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu yang siap sepenuhnya telah berjaya diserahkan dalam satu majlis ringkas pada hari ini.

Majlis perasmian dan penyerahan projek-projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, melibatkan lima kampung.

Projek pertama ialah Dewan Kampung Baru Subis 2 bernilai RM500,000, yang siap pada 18 April 2025. Majlis perasmiannya diadakan di lokasi berkenaan sebagai pembukaan siri penyerahan.

Majlis kedua menyaksikan penyerahan Gelanggang Futsal Rumah Agan, Batu Niah bernilai RM230,000, yang telah siap pada 16 Mac 2025.

MAJLIS penyerahan kedua dan ketiga ialah Gelanggang Futsal Rumah Agan, Batu Niah dan Projek Naik Taraf Dewan Rumah Andrew Abak (Batu Niah) yang bernilai RM300,000.

Majlis ketiga pula melibatkan Projek Naik Taraf Dewan Rumah Andrew Abak di Batu Niah, dengan kos sebanyak RM300,000.

Penyerahan keempat ialah Gelanggang Silat Rumah Chermi di Saeh Niah bernilai RM250,000.

Sementara itu, projek kelima melibatkan kerja pembinaan bumbung Gelanggang Futsal Rumah Christopher Banyong, juga di Saeh Niah, dengan nilai RM230,000.

MAJLIS penyerahan keempat dan kelima ialah Gelanggang Silat Rumah Chermi, Saeh Niah yang bernilai RM250,000 dan Membumbung Gelanggang Futsal Rumah Christopher Banyong, Saeh Niah yang bernilai RM230,000.

Kesemua projek ini telah dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai JKR Miri, Danish, Pemanca Dr Ali Mudin, Penghulu Wan Fauzi, Penghulu Ahmad Zaini, serta beberapa tuai rumah panjang dalam kawasan DUN Bekenu.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap visits Desa Library for launch of RM100,000 upgrading project under RTP 2024
Next: Michael Tiang prihatin kes budak jatuh longkang di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.