Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ronnie Teo kekal terajui KDJA
  • TEMPATAN

Ronnie Teo kekal terajui KDJA

Utusan Sarawak 2 months ago
CERIA… Ronnie Teo Teck Wei dan pengamal media lain merakam momen bersama-sama selepas bermesyuarat di Kuching.
-Foto kredit Facebook KDJA

KUCHING: Ronnie Teo Teck Wei dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) bagi penggal 2025 hingga 2027.

Beliau yang ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KDJA menyuarakan komitmennya untuk mengukuhkan agenda kewartawanan di Sarawak, dengan menekankan fokus persatuan itu kepada standard kewartawanan, inovasi, kebebasan media dan etika.

“Bersama dengan jawatankuasa baharu, kami akan wujudkan peluang untuk pertumbuhan profesional, menerima teknologi baharu dalam pelaporan dan mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan untuk menegakkan kewartawanan beretika,” katanya.

Beliau memberi contoh penganjuran Persidangan Media Sarawak yang diadakan pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun lepas, yang menurutnya amat bermanfaat apabila ia membawa kumpulan pakar bagi membincangkan topik-topik utama yang berkaitan seperti Kecerdasan Buatan (AI) dalam kewartawanan.

Jawatan Naib Presiden KDJA kekal dipegang oleh Zulazhar Sheblee dari akhbar The Star, manakala seorang lagi Naib Presiden ialah Angeline Lim dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Firdaus Arasy Idris (RTM) mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha, dibantu oleh John Lister Chan (Sin Chew Daily), Chong Kho Lee (See Hua Daily) sebagai Bendahari, manakala Zaphne Philip (Bernama) sebagai penolong.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kapal Turkiye RM304.29 juta jaga perairan Sarawak
Next: ‘Uniform biru’ tunjang kekuatan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.