Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rondaan MTL: Paras air Sungai Nyelong kekal terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH

Rondaan MTL: Paras air Sungai Nyelong kekal terkawal

Utusan Sarawak 6 hours ago
PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Nyelong, petang semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Paras air di tebingan Sungai Nyelong kekal terkawal semasa rondaan pemantauan paras air dijalankan petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan yang dijalankan sekitar 4.30 petang tersebut menunjukkan trend air berada dalam keadaan surut.

“Keadaan cuaca yang cerah turut membantu memastikan paras air kekal stabil sepanjang pemerhatian dilakukan oleh anggota bomba.

“Seramai dua anggota bomba terlibat dalam pemantauan tersebut, dengan fokus diberikan kepada kawasan rendah berisiko banjir,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, sepanjang rondaan dijalankan, tiada panggilan kecemasan diterima.

“Pemantauan ini dilakukan sebagai sebahagian langkah kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut (MTL).

“Pemantauan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa di setiap kawasan rendah berisiko banjir,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKR Sibu pantau ujian Ketumpatan Tapak Projek RTP 2025 di Jalan Rumah Ganyai
Next: BBP Sarikei laksana khidmat khas musnah sarang tebuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.