Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rondaan MTL: BBP Bintangor sahkan keadaan paras air terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH

Rondaan MTL: BBP Bintangor sahkan keadaan paras air terkawal

Utusan Sarawak 6 hours ago
PANTAU… Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan laras air. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan paras air di dua kawasan rendah berisiko banjir.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata, rondaan pemantauan sempena monsun timur laut (MTL) tersebut melibatkan kawasan Jalan Kelupu pada 12.04 tengah malam dan Jalan Dermaga pada 4.01 pagi tadi bagi menilai keadaan semasa paras air.

“Rondaan tersebut dilaksanakan sebagai langkah awal kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan kejadian banjir.

“Ia dijalankan bagi memastikan keadaan paras air di kawasan rendah sentiasa berada dalam keadaan terkawal serta membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku sebarang perubahan luar jangka,” katanya.

Tambahnya, pemantauan secara berkala amat penting khususnya ketika musim monsun bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terus terpelihara.

“Sepanjang rondaan dijalankan, keadaan di semua lokasi didapati berada dalam keadaan baik dan terkawal dengan cuaca juga dilaporkan baik,” katanya.

Tambahnya, pihak bomba sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan banjir atau kejadian tidak diingini.

“Kami akan terus menjalankan rondaan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Antu jadi platform perkukuh perpaduan penduduk rumah panjang
Next: Ops Gempur JPJ Sibu: Lesen tamat tempoh, tiada insurans antara kesalahan dikesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.