Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rondaan berkala perkukuh usaha cegah kebakaran di kawasan titik panas
  • Tengah
  • WILAYAH

Rondaan berkala perkukuh usaha cegah kebakaran di kawasan titik panas

Utusan Sarawak 3 hours ago
 ANGGOTA bomba memantau keadaan di tapak pelupusan sampah Gemuan. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Rondaan berkala yang dilaksanakan pihak bomba di kawasan berisiko atau titik panas terus diperkasakan sebagai langkah proaktif bagi mencegah kejadian kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan pemantauan tersebut dijalankan di tapak pelupusan sampah Gemuan pada 4.30 petang semalam.

“Dua anggota bomba ditugaskan untuk memantau keadaan kawasan dan mengesan sebarang petunjuk awal yang berpotensi mencetuskan kebakaran.

“Sepanjang rondaan dijalankan, kawasan pemantauan didapati berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang tanda yang boleh mengundang risiko kebakaran dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, rondaan berkala di kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas merupakan antara usaha berterusan jabatan bagi mengurangkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan tapak pelupusan sampah yang mudah terdedah kepada cuaca panas dan pembakaran terbuka.

“Pemantauan secara berterusan membolehkan pihak kami mengambil tindakan awal sekiranya terdapat sebarang keadaan yang boleh mengancam keselamatan awam.

“Pendekatan pencegahan melalui rondaan berkala lebih berkesan dalam mengurangkan risiko kebakaran berbanding tindakan selepas sesuatu insiden berlaku” katanya.

Mahmudin turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka dan sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko kejadian kebakaran

“Saya berharap kerjasama semua pihak dapat membantu memastikan kawasan berisiko sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Ia sekali gus melindungi harta benda, alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pagar konkrit rumah runtuh di Lorong Seladah 3, Kong akan hubungi pemaju
Next: Ngiling Tikai terus satukan komuniti, pelihara warisan masyarakat Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.