Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rondaan berkala anggota IPD Saratok pantau risiko tanah runtuh di Jalan Ulu Budu
  • WILAYAH

Rondaan berkala anggota IPD Saratok pantau risiko tanah runtuh di Jalan Ulu Budu

Utusan Sarawak 21 hours ago
ANGGOTA IPD Saratok telah melaksanakan pemantauan serta rondaan berkala di kawasan berisiko tanah runtuh di sepanjang Jalan Ulu Budu, hari ini. Foto IPD Saratok

SARATOK: Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok telah mempertingkatkan kesiapsiagaan dengan melaksanakan pemantauan serta rondaan berkala di kawasan berisiko tanah runtuh di sepanjang Jalan Ulu Budu, di sini, hari ini.

​Langkah proaktif ini diambil susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus bertujuan memantau kestabilan struktur tanah di lokasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada penduduk setempat.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi pemantauan tersebut telah dijalankan bermula 8.30 pagi hingga 2.30 petang dengan tumpuan khusus kepada titik-titik panas yang dikesan mempunyai tanda-tanda awal pergerakan tanah.

ANGGOTA IPD Saratok telah melaksanakan pemantauan serta rondaan berkala di kawasan berisiko tanah runtuh di sepanjang Jalan Ulu Budu, hari ini. Foto IPD Saratok

​Menurut beliau, rondaan tersebut diketuai oleh Inspektor Wealy James, bersama tiga anggota lain dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan pergerakan di laluan mencabar itu.

​”Fokus utama rondaan adalah bagi memantau keadaan jalan raya yang telah dikenal pasti berisiko tinggi berlaku tanah runtuh serta memastikan tiada ancaman segera terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

​Beliau turut menjelaskan bahawa pemantauan secara visual dilakukan di beberapa cerun bukit yang berhampiran dengan jalan utama bagi memastikan tiada runtuhan kecil yang boleh menghalang laluan atau membahayakan pemandu.

​Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mengurangkan kelajuan kenderaan ketika melalui laluan berkenaan, memandangkan kawasan tersebut masih dalam tindakan serta pemerhatian rapi pihak berwajib.

​DSP Mathew turut menggesa orang ramai agar segera menyalurkan maklumat mengenai sebarang kejadian bencana atau perubahan keadaan tanah kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Saratok bagi membolehkan tindakan kecemasan diambil dengan kadar segera.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Saratok perhebat rondaan, paras air di Kabong dan Roban kekal
Next: Inisiatif gunting rambut percuma ringankan kos persiapan sekolah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.