
SARIKEI: Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) oleh pihak bomba mendapati paras air di kawasan Terminal Ekspres I, Jalan Repok berada dalam keadaan terkawal pada tengah semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan pemantauan tersebut dijalankan sekitar 12.30 tengah malam.
“Seramai dua anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan.
“Semasa pemantauan, didapati trend air sungai surut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, keadaan cuaca dan paras air dalam keadaan baik.
“Paras air menurun dan dalam keadaan terkawal.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan oleh pihak kami,” katanya.
Oleh Earl Anek