Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo tidak sertai Piala Dunia Kelab
  • SUKAN

Ronaldo tidak sertai Piala Dunia Kelab

Utusan Sarawak 15 hours ago

Cristiano Ronaldo. Foto AFP

MUNICH: Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi bahawa dia bakal menyertai mana-mana pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia Kelab bulan ini di Amerika Syarikat, sambil mendedahkan beberapa pasukan menghubunginya mengenai perpindahan berpotensi.

Kapten Portugal itu mengesahkan dalam sidang media menjelang final Liga Negara-Negara menentang Sepanyol pada Isnin bahawa dia tidak akan menyertai kejohanan berkenaan, sekali gus menamatkan khabar angin yang mengatakan dia mungkin kembali ke pentas antarabangsa kelab elit.

“Saya tidak akan berada di Piala Dunia Kelab,” kata Ronaldo yang turut mengakui dirinya dihubungi oleh beberapa pasukan yang akan bertanding. 

“Ada yang masuk akal, ada yang tidak, tetapi anda tidak boleh cuba untuk buat semua perkara… anda tidak boleh kejar semua bola.”

Kontrak Ronaldo bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr, dijangka tamat hujung bulan ini dan masa depannya terus menjadi tanda tanya selepas dia menulis di media sosial pada Mei lalu bahawa ‘bab ini sudah berakhir’, mencetuskan spekulasi perpindahan ke Al Hilal, salah satu pasukan yang akan beraksi di kejohanan berprestij itu.

Bintang berusia 40 tahun itu bagaimanapun menegaskan dia tidak berminat membuat keputusan jangka pendek semata-mata untuk tampil di kejohanan berkenaan, sebaliknya mahu fokus kepada perancangan lebih besar.

“Keputusan mengenai masa depan saya hampir muktamad,” katanya dengan tenang.

Ronaldo, penjaring terbanyak sepanjang zaman bola sepak antarabangsa lelaki dengan 137 gol, kini dalam misi menambah satu lagi trofi ke dalam koleksinya apabila Portugal menentang Sepanyol dalam final Liga Negara-Negara di Munich. – AFP

Continue Reading

Previous: Pemain Indonesia dapat hadiah jam Rolex
Next: Pearly-Thinaah mara ke pentas final Terbuka Indonesia esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.