Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr di tengah-tengah laporan perselisihan faham dengan kelab
  • SUKAN

Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr di tengah-tengah laporan perselisihan faham dengan kelab

Utusan Sarawak 3 hours ago
Cristiano Ronaldo

LONDON: Cristiano Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr pada Isnin susulan laporan mengenai perselisihan faham dengan kelab itu berhubung aktiviti jendela perpindahan baru-baru ini, lapor PA Media/dpa.

Ronaldo tidak kelihatan semasa kemenangan 1-0 Al Nassr ke atas Al Riyadh selepas timbul laporan yang mendakwa beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan kelab oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, susulan jendela perpindahan yang dianggap hambar.

Pemain itu sebelum ini telah beraksi dalam setiap perlawanan liga musim ini dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang menewaskan Al Kholood pada Jumaat malam, yang mana beliau menjaringkan gol pembukaan perlawanan namun tidak hadir untuk perlawanan pada Isnin.

Al Nassr, Al Hilal, Al Ahli dan Al Ittihad semuanya dimiliki oleh pemilik yang sama iaitu PIF, namun pasukan Ronaldo setakat ini hanya membuat satu pembelian dalam kempen kali ini, iaitu pemain tengah Iraq berusia 21 tahun, Haydeer Abdulkareem.

Laporan mencadangkan Ronaldo merasakan kelab-kelab lain diberikan layanan istimewa dalam urusan perpindahan pemain. Sebelum ini, diumumkan bahawa Al Hilal telah berjaya menandatangani penyerang Karim Benzema serta Pablo Mari awal musim ini, selain dikaitkan dengan pemain Rennes, Mohamed Kader Meite.

Pemain antarabangsa Portugal berusia 40 tahun itu menyertai Liga Pro Arab Saudi pada 2022 selepas meninggalkan Manchester United di pertengahan musim, namun setakat ini hanya memenangi Piala Juara-Juara Kelab Arab dan masih belum mengecap kejuaraan liga di sana. Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu telah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun pada musim panas 2025 dan sudah menjaringkan 18 gol musim ini. Bagaimanapun, Al Nassr kini ketinggalan satu mata di belakang Al Hilal dalam perebutan kejuaraan liga.- Bernama-

Continue Reading

Previous: Liverpool ikat Jacquet, Palace sambar Larsen di hari terakhir
Next: SUKSAR IV 2026: Atlet Zon Barat ditekankan disiplin dan keyakinan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.