Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo tampil ‘berbisa’
  • SUKAN

Ronaldo tampil ‘berbisa’

Utusan Sarawak 4 years ago

Soccer Football - Premier League - Manchester United v Newcastle United - Old Trafford, Manchester, Britain - September 11, 2021 Manchester United's Cristiano Ronaldo celebrates scoring their first goal REUTERS/Phil Noble

TETAP BERBISA…Ronaldo meraikan kejayaanya selepas meledakkan gol kedua di Old Trafford, semalam.

Cristiano Ronaldo menampilkan ‘sentuhan’ berbisa apabila meledak dua gol pada penampilan keduanya bersama Manchester United untuk membantu pasukannya melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United di Old Trafford, semalam.

Ronaldo hanya memerlukan 47 minit untuk membuka akaun golnya bersama United selepas 12 tahun meninggalkan pasukan terbabit.

Pemain berusia 36 tahun itu yang ditandatangani daripada Juventus menampan masuk bola dari jarak dekat untuk memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah di penghujung babak pertama.

Dia menambah gol keduanya selepas sejam perlawanan berlangsung menerusi penyudah kaki kiri sekali gus memadam gol penyamaan pelawat yang disumbangkan Javier Manquillo pada minit ke-56.

Bruno Fernandes melebarkan jurang dengan rembatan jarak jauh pada minit ke-80 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan bergaya United dengan gol keempat pada masa kecederaan.

Sementara itu, Ronaldo mengakui kepulangan ‘sukar dipercayai’ ke Manchester United melebihi jangkaannya sendiri apabila bintang Portugal itu meledak dua gol ketika menang 4-1 mengatasi Newcastle semalam.

Ronaldo kembali ke United dari Juventus bulan lalu, 12 tahun selepas meninggalkan Old Trafford bagi menyertai Real Madrid.

Pemain berusia 36 tahun itu menandakan kemunculan keduanya bersama United dengan gaya tersendiri menerusi gol pada kedua-dua babak di depan 76,000 penonton.

Dua gol Ronaldo diikuti jaringan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard ketika United kini di kedudukan teratas Liga Perdana.

Ia berlaku lebih baik daripada apa dibayangkan Ronaldo ketika dia memakai jersi nombor tujuh United sekali lagi.

“Saya tidak jangkakan meledak dua gol. Saya jangkakan satu tidak dua. Saya perlu menghargai penyokong dan apa dilakukan mereka kepada saya hari ini. Saya rasa sangat bangga melakukannya,” katanya kepada BBC Sport.

“Sudah tentu saya gembira menjaringkan gol, saya tidak menafikannya tetapi perkara paling penting ialah pasukan dan mereka bermain bagus.

“Ia sukar dipercayai. Ketika saya memulakan perlawanan saya sangat gementar, saya bersumpah. Saya tidak menjangkakan mereka akan menyanyikan nama saya sepanjang perlawanan.

“Saya sangat gementar, mungkin saya tidak menunjukkannya, tetapi ia benar. Sambutan menakjubkan tetapi saya di sini untuk menang dan membantu pasukan.” – AFP

Continue Reading

Previous: INSIDEN SARAWAK UNITED FC DISIASAT
Next: INTAI LAYAK KE PIALA MALAYSIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.