Ronaldo sumbat gol ke-900 karier

Facebook
WhatsApp

LISBON: Cristiano Ronaldo meledak gol ke-900 dalam karier gemilangnya awal pagi tadi ketika membantu Portugal menewaskan Croatia 2-1 di Lisbon dalam perlawanan pertama Liga Negara-Negara UEFA.

Ronaldo, 39, menyempurnakan hantaran silang Nuno Mendes pada minit ke-34 perlawanan itu di Estadio da Luz untuk meraih pencapaian itu.

Dia jelas kelihatan penuh emosi ketika meraikan gol itu, kali ke-131 menyarung jersi Portugal.

Separuh daripada golnya dijaringkan bersama Real Madrid, dengan bakinya di Sporting Lisbon, Manchester United dan kelab semasanya Al-Nassr.

Gol Diogo Dalot membolehkan Portugal mendahului lebih awal sebelum Ronaldo meledak jaringan, dengan gol sendiri Dalot mengurangkan defisit sebelum rehat.

Dua pasukan itu beraksi dalam Kumpulan A1 pada edisi terbaharu Liga Negara-Negara di samping Poland dan Scotland.

Portugal akan melayan kunjungan Scotland di Lisbon Ahad ini. – AFP

Gambar

Pertahanan Croatia, Josip Sutalo (kiri) cuba mengekang kemaraan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Estadio da Luz, Lisbon awal pagi tadi. – Foto AFP