Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kelayakan Piala Dunia
  • SUKAN

Ronaldo penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kelayakan Piala Dunia

Utusan Sarawak 5 days ago

Penjaga gol Hungary, Balazs Toth (tengah kiri), dan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, berebut bola semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 zon Eropah Kumpulan F di Stadium Jose Alvalade, Lisbon.Foto AFP

PARIS: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah perlawanan kelayakan Piala Dunia pada usia 40 tahun selepas perlawanan menentang Hungary awal pagi tadi.

Ronaldo menjaringkan gol ke-40 dan ke-41 dalam saingan kelayakan, sekali gus memintas bekas penyerang antarabangsa Guatemala, Carlos Ruiz, yang mencatat 39 gol antara 1998 hingga 2016.

Ronaldo menjaringkan gol ke-40 dan ke-41 dalam saingan kelayakan, sekali gus memintas bekas penyerang antarabangsa Guatemala, Carlos Ruiz, yang mencatat 39 gol antara 1998 hingga 2016.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu menyamakan kedudukan untuk Portugal menentang Hungary dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 selepas 22 minit, hasil hantaran lintang Nelson Semedo.

Ronaldo sekali lagi menemui sentuhan jaringan sebelum separuh masa, selepas menerima umpanan Nuno Mendes, untuk meletakkan Portugal di depan 2-1 ketika rehat.

Jika pasukan kendalian Roberto Martinez itu menang, mereka akan mengesahkan kelayakan ke kejohanan musim panas tahun depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Ronaldo, yang juga penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman dengan 143 gol, berhasrat untuk beraksi dalam Piala Dunia keenam dalam kariernya. — AFP

Continue Reading

Previous: Terbuka Denmark: Hon Jian-Muhammad Haikal tewas kepada gandingan handalan China
Next: Kejohanan sukan medan penting cungkil bakat, bentuk jati diri murid sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.