Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo pacu Portugal ke final, tewaskan Jerman
  • SUKAN

Ronaldo pacu Portugal ke final, tewaskan Jerman

Utusan Sarawak 2 days ago

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan gol kedua dan kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Jerman pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA di Allianz Arena, Munich.

MUNICH: Cristiano Ronaldo menampan masuk gol kemenangan ketika menewaskan Jerman 2-1 di Munich awal pagi tadi, sekali gus memacu Portugal mara ke final Liga Negara-Negara serta mengakhiri badi kekalahan peribadinya berdepan Jerman.

Jaringan Ronaldo pada minit ke-68 – gol antarabangsa ke-137 yang melebarkan rekodnya – memastikan kemenangan pertama Portugal ke atas Jerman selepas lima kekalahan.

Ini adalah rentetan tanpa kemenangan paling lama pemain berusia 40 tahun itu menentang mana-mana pasukan kebangsaan.

Selepas separuh masa pertama yang hambar, Florian Wirtz mencipta detik magis untuk memberikan Jerman gol pendahuluan tiga minit selepas rehat, memulakan dan menamatkan larian bijak di bahagian tengah sebelum menanduk masuk gol pembukaan.

Pemain Portugal, Francisco Conceicao pula berlari sejauh 35 meter untuk menjaringkan gol solo yang hebat, menyamakan kedudukan dengan baki setengah jam permainan.

Gol Conceicao menjadi penghormatan sempurna buat bapanya, Sergio Conceicao, yang menjaringkan hatrik kali terakhir Portugal menewaskan Jerman 3-0 pada tahun 2000.

Ronaldo, yang terlepas dua peluang keemasan sebelum itu, akhirnya muncul wira apabila menyempurnakan hantaran Nuno Mendes dari jarak dekat.

Portugal, juara edisi pertama Liga Negara-Negara pada 2019, kini akan berdepan sama ada juara Eropah, Sepanyol atau Perancis pada perlawanan akhir Ahad ini di gelanggang sama.

Kekalahan itu merupakan tamparan hebat buat pasukan kendalian Julian Nagelsmann, yang hanya kalah sekali daripada 17 perlawanan sebelum ini.

“Ia satu kekalahan yang sepatutnya,” kata Nagelsmann kepada DAZN.

“Kami seolah-olah melepaskan perlawanan ini pada babak pertama. Dari segi pertahanan, kami kurang mantap berbanding yang dipamerkan pada aksi sebelum ini.”

Empat pemain Portugal baru sahaja membantu Paris Saint-Germain memenangi final Liga Juara-Juara hujung minggu lalu – dan menyertai sambutan selepas itu – namun Jerman pula yang bergelut mencari rentak pada awal permainan.

Perlawanan itu bermula lewat 10 minit akibat ribut kencang yang menyebabkan ketulan hujan batu bertaburan di tengah padang. – AFP

Continue Reading

Previous: Aaron Chia-Wooi Yik tersingkir awal di Terbuka Indonesia 
Next: Kemudahan sukan diperluas ke luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.