Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo cetus spekulasi mengenai masa depan bersama di Nassr
  • SUKAN

Ronaldo cetus spekulasi mengenai masa depan bersama di Nassr

Utusan Sarawak 2 days ago
PENYERANG Portugal Nassr bernombor 7, Cristiano Ronaldo dikawal oleh pemain pertahanan Arab Saudi Khaleej bernombor 20, Abdullah Al-Fahad dalam perlawanan Liga Pro Saudi antara Al-Nassr dan Al-Khaleej yang berlangsung di Taman Al-Awwal, Riyadh pada 21 Mei 2025 lalu. Foto AFP

LONDON: Cristiano Ronaldo mencetus spekulasi mengenai masa depannya selepas memuat naik mesej berbaur tersirat di media sosial, sebaik tamat aksi terakhir musim ini bersama Al Nassr.

Bintang Portugal itu menjaringkan gol pembukaan dalam kekalahan 2-3 kepada Al Fateh pada awal pagi Isnin, yang dikatakan sebagai jaringan kelab ke-800 dalam kariernya — berkemungkinan menjadi aksi perpisahan bersama kelab Liga Pro Saudi itu.

Al Nassr longlai di penghujung perlawanan apabila pintu gawangnya dibolosi dua gol dalam 10 minit terakhir, sekali gus terlepas kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

Tak lama selepas perlawanan, Ronaldo memuat naik kenyataan ringkas di media sosial: ‘Bab ini telah tamat. Ceritanya? Masih ditulis. Terima kasih kepada semua.’

Mesej itu disertai gambar dirinya mengenakan jersi Al Nassr, sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang langkah seterusnya buat legenda berusia 39 tahun itu.

Minggu lalu, Presiden FIFA Gianni Infantino mendedahkan bahawa terdapat perbincangan untuk membolehkan Ronaldo tampil dalam Piala Dunia Kelab yang dijadual berlangsung musim panas ini.

Meskipun Al Nassr tidak layak ke kejohanan 32 pasukan itu, kenyataan Infantino dalam satu sesi bersama YouTuber terkenal, IShowSpeed, menghidupkan semula spekulasi mengenai masa depan Ronaldo — terutama selepas FIFA mengumumkan jendela perpindahan khas antara 1 hingga 10 Jun. — Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: 47 orang cedera termasuk empat kanak-kanak, kereta rempuh penyokong Liverpool
Next: Terbuka Singapura: Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.