Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria
  • SUKAN

Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria

Utusan Sarawak 3 hours ago
CRISTIANO Ronaldo. Foto Gambar fail

LONDON: Cristiano Ronaldo membeli 25 peratus saham dalam kelab UD Almeria, lapor PA Media/dpa, memetik pengumuman kelab Sepanyol itu.

Penyerang Al Nassr dan Portugal itu memperoleh saham melalui anak syarikat CR7 Sports dan pelaburan itu sebahagian daripada konsortium pemilikan kelab yang diterajui oleh Kumpulan SMC.

Almeria kini berada di kedudukan ketiga dalam Segunda Division dan ketinggalan dua mata daripada pendahulu liga, Racing, dalam usaha untuk naik ke La Liga.

Ronaldo berkata melalui akaun X kelab: “Telah menjadi impian lama saya untuk menyumbang kepada bola sepak, bukan hanya di padang. UD Almeria adalah kelab Sepanyol dengan asas kukuh dan potensi jelas untuk berkembang.

Saya menantikan peluang bekerjasama dengan pasukan kepimpinan bagi menyokong fasa seterusnya pertumbuhan kelab.”

Presiden Almeria, Mohamed Al Khereiji berkata: “Kami sangat gembira Cristiano memilih untuk melabur dalam kelab kami.

Dia dianggap sebagai pemain terhebat yang pernah bermain, beliau memahami bola sepak Sepanyol dengan baik dan memahami potensi apa yang kami bina di sini, dari segi pasukan dan akademi.”

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mohd Azizulhasni tetap jadi sandaran negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.