Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldinho kembali dari persaraan, sertai kelab divisyen ketiga Itali
  • SUKAN

Ronaldinho kembali dari persaraan, sertai kelab divisyen ketiga Itali

Utusan Sarawak 4 hours ago
BEKAS bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho ketika perlawanan Piala Dunia di antara Brazil dan Haiti. Foto AFP

ROM, Itali: Bekas pemenang Ballon d’Or dan Piala Dunia, Ronaldinho, dilaporkan bakal kembali beraksi pada usia 46 tahun apabila menyertai kelab divisyen ketiga Itali, Ravenna, menurut laporan akhbar harian Itali, Gazzetta dello Sport.

Akhbar sukan itu melaporkan Ronaldinho dijadual menandatangani kontrak di Miami pada Selasa dan beliau sudah berada di Amerika Syarikat bagi mengikuti Piala Dunia.

Sumber yang rapat dengan perjanjian itu mengesahkan berita tersebut ketika dihubungi AFP.

“Saya tidak sabar untuk kembali menari bersama bola dan menulis kisah baharu bersama Ignazio Cipriani (pemilik Ravenna berketurunan Itali-Amerika) serta seluruh keluarganya,” Gazzetta memetik kata Ronaldinho.

“Bola sepak sentiasa menjadi sumber kegembiraan buat saya. Saya mahu membawa semangat yang sama ke Ravenna,” tambah bekas bintang Paris Saint-Germain dan Barcelona itu.

Bagaimanapun, naib presiden Ravenna, Ariedo Braida, memberitahu media Itali bahawa kemasukan Ronaldinho lebih kepada strategi pemasaran berbanding usaha memperkukuh skuad dan beliau mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan sebenar.

“Dia pemain yang penuh magis dan akan didaftarkan bersama pasukan. Itu satu pencapaian besar buat kami,” katanya.

“Adakah dia akan bermain pada usia 46 tahun? Itu bergantung kepada keadaan, tetapi dia tetap akan didaftarkan.”Ronaldinho tidak lagi beraksi secara kompetitif sejak menjalani tempoh dua bulan bersama Fluminense pada tahun 2015. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: Marmoush mahu keluar daripada bayangan Salah sebagai wira Mesir
Next: Sekatan perjalanan Iran ke Piala Dunia akan dilonggarkan, kata jurulatih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.