Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RON97 ditetapkan RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi RM2.65 seliter hingga 19 November
  • SEMASA

RON97 ditetapkan RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi RM2.65 seliter hingga 19 November

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing ditetapkan pada paras RM3.25 seliter dan RM2.65 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 November ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit bahan api itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

Menurut kenyataan itu harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.

Selain itu, harga runcit diesel di Semenanjung ditetapkan pada RM3.07 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM),” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus meneliti dan menyelaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

Selain itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Naico Malaysia dan i-CATS
Next: Sarawak perkukuh hubungan dengan komuniti Muslim Korea melalui sumbangan strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.