Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rombongan Pesuruhjaya Polis Sarawak tinjau keperluan IPD Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Rombongan Pesuruhjaya Polis Sarawak tinjau keperluan IPD Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
SINGGAH LAWAS…Pesuruhjaya Polis Sarawak dan rombongan merakam gambar kenangan selepas mendarat di IPD Lawas.

LAWAS: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah tiba di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lawas dari Limbang dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabtu lalu.

Turut bersama dalam rombongan adalah Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak SAC Zulkifli Suhaili, Komander Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sarawak ACP Faizul Mohammad dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Azari Miskon.

Ketibaan  rombongan disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Lawas.

Rombongan seterusnya meninjau cadangan pembinaan tapak pendaratan helikopter di kawasan lapang dalam perkarangan IPD Lawas.

CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah bersama rombongan seterusnya melawat bangunan pejabat yang menempatkan Balai Polis Lawas di Jalan Hospital, Lawas, yang mengalami kebakaran akibat litar pintas pada 9 Januari lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan Balai Polis Lawas berpindah secara sementara ke aras bawah bangunan IPD Lawas.

DATUK Mohamad Zainal menerima undangan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir ke program PPWS di Stadium Tertutup Lawas.  

Seterusnya, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah turut menghadiri program sambutan Hari Perkumpulan Perempuan Sarawak (PPWS) ke-64 dan Jalinan Mesra Aidilfitri Daerah Lawas di Kompleks Sukan Lawas, yang dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebelum berangkat balik ke Kuching beliau berkesempatan menziarahi pusara keluarga di Tanah Perkuburan Pulau Salam dan beberapa rumah keluarga terdekat di Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Saberkas medan mematangkan belia dalam memikul amanah
Next: Tebingan Sungai Krian bakal wajah baharu, laluan 530 meter tarikan rekreasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.