Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rombakan kabinet: Anwar berseloroh minta media beri cadangan
  • NASIONAL

Rombakan kabinet: Anwar berseloroh minta media beri cadangan

Utusan Sarawak 14 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada penutup Festival Idea Putrajaya 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pertanyaan mengenai spekulasi rombakan Kabinet mencetus momen spontan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak media mengemukakan cadangan nama bagi barisan Kabinet baharu.

“Tolong bagi cadangan kalau ada…kat saya tak apa,” katanya secara bergurau, namun kekal mengunci mulut berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan susulan beberapa menteri dan timbalan menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal perkhidmatan mereka pada awal bulan depan.

Antara terlibat ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, kenyataan Zambry dalam ucapannya pada majlis sama turut menarik perhatian apabila beliau memberi bayangan tidak pasti sama ada masih terus menyandang jawatan dalam Kabinet pada masa depan.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet ataupun tidak, itu soal nombor dua. Tetapi ini (FOI) adalah agenda negara. Sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu lagi ada lagi,” katanya.

Pada 3 Disember 2022, Zambry merupakan empat daripada 28 Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal. Lantikan itu bakal tamat pada 2 Disember ini.

Ditemui selepas majlis berkenaan, Zambry berkata kenyataan beliau “tidak lama lagi” hanyalah gurauan dan tiada kaitan dengan kedudukannya sebagai anggota Kabinet, selain menegaskan perkara itu juga telah dijelaskan kepada Perdana Menteri.

Ditanya kemungkinan pelanjutan jawatan, Zambry berkata beliau tidak mengetahui perkara itu, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai menteri selagi diperlukan.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.- Bernama

Continue Reading

Previous: TH lancar ‘Thoriq Ya Hajj’ pertandingan jalan kaki maya pertama untuk bakal haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.