Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rolland Duat rasmi projek naik taraf Simpang Jalan Balak ke SK Nanga Jambu
  • Tengah
  • WILAYAH

Rolland Duat rasmi projek naik taraf Simpang Jalan Balak ke SK Nanga Jambu

Utusan Sarawak 6 hours ago
UPACARA MIRING… Rolland Duat Jubin bersama penduduk dari kawasan Rantau Limau dan Bukit Seri menjalankan upacara miring pada majlis pecah tanah projek naik taraf simpang jalan balak ke SK Nanga Jambu. Foto Facebook Rolland Duat Jubin 

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin telah merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf simpang jalan balak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Jambu semalam. 

Katanya, projek tersebut merupakan projek yang turut mendapat peruntukan daripada kerajaan Sarawak bagi menaik taraf bekas jalan balak selepas projek naik taraf jalan ke Rumah Lugum, Nanga Taba yang telah pun dimulakan sejak tahun lepas. 

SIMBOLIK PERASMIAN… Rolland Duat (kanan) melakukan simbolik pecah tanah. Foto Facebook Rolland Duat Jubin 

“Semalam saya berkesempatan bersama-sama dengan penduduk dari kawasan Rantau Limau dan Bukit Seri bagi melakukan upacara pecah tanah projek naik taraf simpang jalan balak ke SK Nanga Jambu, Julau.

“Saya menekankan kepada pihak kontraktor yang telah dilantik agar dapat komited seterusnya menyiapkan projek ini sebaiknya dalam tempoh yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya, hari ini. 

Katanya, selesai upacara pecah tanah tersebut, beliau bersama rombongan bergerak ke Rumah Felix Jalin, Bukit Seri untuk sesi dialog. 

CEK PAMPASAN… Rolland Duat Jubin bergambar bersama yang lain selepas menyerahkan cek replika kepada penuntut tanah. Foto Facebook Rolland Duat Jubin 

“Seterusnya upacara simbolik penyerahan cek replika untuk 29 penuntut tanah yang akan menerima pampasan untuk projek naik taraf jalan balak ke SK Nanga Jambu. 

“Saya juga diberi peluang bagi mengetuai upacara Ngiling Bidai Rumah Felix Jalin sebagai tanda penutupan perayaan Gawai,” katanya. 

Turut hadir Pegawai Daerah Julau, Minggu Jampong; Jurutera Bahagian Sarikei, Ir. Ts. Kennedy Kedo dan Pegawai Penguasa Jabatan Tanah dan Ukur Bahagian Sarikei, Sr. Awan Amal. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 16 persatuan terima peruntukan Khas Premier Sarawak di Bawang Assan
Next: SJK(C) Chung Hua Bintulu dinaik taraf di bawah peruntukan RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.